Tuesday, October 4, 2016

Peranan seorang PRS

PRS

 

Pembimbing Rakan Sebaya


Apakah maksud Pembimbing Rakan Sebaya dan apa kaitannya dengan kaunseling?? Siapakah yang layak bergelar PRS?? Apakah peranan utama PRS dalam cabang kaunseling?? 

Pembimbing Rakan Sebaya bermaksud seorang individu yang dilantik dan dilatih oleh seorang kaunselor di sekolah (secara amnya), bagi tujuan membantu dalam proses kaunseling secara tidak langsung di antara seorang kaunselor dan individu yang bermasalah tersebut. Sebagai contoh, seprang guru kaunselor tidak dapat mengenal pasti siapakah individu yang berpotensi untuk mempunyai masalah di dalam hidup anak-anak muridnya. Jadi, guru tersebut mengambil pendekatan secara tidak langsung dengan melantik "mata-mata dan telinga" bagi guru tersebut mengenal pasti murid yang mempunyai masalah di sekolah. Seorang PRS memainkan tanggungjawab yang penting bagi membantu guru kaunseling menyelesaikan masalah murid tersebut. Mereka yang bergelar PRS ini juga merupakan jambatan penghubung di antara guru kaunseling dan murid.

Murid yang layak bergelar PRS adalah seorang murid yang seimbang dari segi pembelajarannya dan aktiviti kokurikulumnya. Guru kaunseling juga perlu mengambil kira mengenai keinginan dan kehendak murid tersebut untuk bersetuju menerima jawatan sebagai ahli PRS. Tanggungjawab ini tidak boleh dipaksa ke atas seseorang, melainkan individu tersebut dengan rela hati dan sedia menggalas tugas yang diberikan. Ciri-ciri seorang PRS pula hampir sama dengan seorang kaunselor, di mana mereka harus menjadi seorang pendengar yang setia, seorang yang empati, jujur dan amanah, serta penerimaan tanpa syarat. Jika seorang PRS mempunyai sikap-sikap ini, maka mereka patutlah bergelar seorang PRS. Di samping itu, seorang PRS juga perlulah menjadi seorang yang peramah dan mudah mengadaptasi dirinya dengan keadaan sekeliling dengan cepat dan pantas. Hal ini demikian kerana, seorang PRS dikatakan boleh menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru, bagi membolehkannya melakukan tindak balas sebagai seorang ahli PRS dan mempunyai ramai kenalan. 

Peranan utama PRS dalam membantu guru kaunseling, di mana mereka  merupakan agen penyebar maklumat. Mereka juga merupakan mata dan telinga di dalam kawasan persekitaran sekolah, di mana mungkin sesetengah perkara itu, guru-guru kaunseling tidak dapat melihat dengan cekap. Pada zaman ini, ramai generasi sekarang lebih suka bercerita mengenai masalah merekea dengan kawan-kawan, berabnding bercakap dengan ibu bapa atau guru di sekolah. Oleh itu, pendekatan ini boleh dianggap satu pendekatan yang efektif dan efisyen.

 

No comments:

Post a Comment