Monday, October 10, 2016

Kesihatan Diri

KESIHATAN DIRI DAN PERSEKITARAN

 

Kesihatan diri merujuk kepada kesihatan fizikal dan mental yang berada dalam keadaan terbaik bagi mencapai tahap kesihatan terbaik bagi seseorang individu. Kesihatan diri merupakan salah satu faktor di dalam kesejahteraan hidup, kerana tanpa kesihatan yang baik, maka tidak dapat melakukan apa-apa perkara atau pekerjaan dengan sempurna.

Kesihatan diri secara dalaman merupakan satu faktor yang penting kerana badan manusia berfungsi secara luaran dan dalaman yang saling bekerjasama. Dalaman manusia termasuk dari pemikiran yang sihat dan waras. Jika seseorang individu dijangkiti penyakit, mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera kerana penyakit yang ada pada masa kini, bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang ringan. Pelbagai virus-virus dan wabak penyakit yang masih tidak dapat penawarnya. Segala usaha dan kerja-kerja saintifik dilakukan bagi memastikan manusia bebas daripada segala penyakit. Usaha ini diambil kira sewaktu individu dilahirkan, di mana mereka mengambil imunisasi dan vaksinasi bagi menguatkan sistem pertahanan diri mereka.

Kesihatan diri secara luaran pula merupakan anggota badan dan ciri-ciri fizikal yang lengkap tanpa sebarang kecacatan. Seorang manusia dianggap sempurna fizikalnya, jika dia mempunyai lengkap anggota tubuh badannya. seorang Individu yang tidak mempunyai anggota badan yang lengkap, digelar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan diberikan segala kemudahan dengan baik dan dijaga dengan sempurna.

Kesihatan diri merupakan salah satu faktor penting yang dititikberatkan bagi mencapai segala keperluan yang dikehendaki di dalam kehidupan, memudahkan urusan pekerjaan dan menjaga diri dan persekitaran. Tidak semestinya orang yang tidak mempunyai kesihatan terbaik itu, digelar bermasalah. cuma memerlukan pemerhatian yang lebih khusus dan teratur.


No comments:

Post a Comment