Monday, October 10, 2016

Pendidikan

PENTINGKAH PENDIDIKAN ??

 

Pendidkan merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup. Ilmu yang lahir hasil daripada didikan, amat berguna jika dihargai dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian individu. Pendidikan di Malaysia telah bermula sejak awal lagi. Pendidikan boleh dilakukan secara formal mahupun tidak formal, tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat dan tujuan yang sama, iaitu bagi memberi ilmu yang bermanfaat pada si penerima.

Pendidikan formal merupakan satu sistem pendidikan yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau sebuah badan berkanun bagi menyelaraskan sistem pembelajaran yang setanding dengan negara-negara lain. Hal ini demikian kerana, sistem pendidikan formal merupakan satu langkah bagi memberi pembelajaran secara efektif dan holistik dari segala aspek, membantu individu meningkatkan gaya hidup satu peringkat lebih tinggi daripada biasa.

Pendidikan Tidak Formal pula merupakan ilmu yang diajar oleh seseorang kepada individu, bagi memberi latihan kemahiran di luar konteks formal. Seperti contoh, memberi latihan menjahit, menganyam, memasak, bertukang dan sebagainya. Pendidikan Tidak Formal ini bertujuan bagi memantapkan nilai dan jati diri kehidupan seseorang bagi membantu memasarkan diri mereka ke tahap yang lebih baik daripada takuk yang lama.

Kedua-dua sistem pendidikan ini memainkan peranan penting dalam membantu negara mencapai tahap kemajuan di masa hadapan. Di zaman moden ini, ramai graduan yang lahir hasil daripada pendidikan di universiti-universiti dari dalam mahupun luar negara. Lambakan graduan ini, akhirnya menyebabkan persaingan berlaku bagi mendapatkan sesebuah pekerjaan. Oleh itu, pendidkan tidak formal pula diberi perhatian bagi memantapkan kemahiran yang ada pada inidvidu.

Tidak semestinya anda mempunyai nilai pengetahuan yang tinggi sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda lebih berjaya daripada orang yang bercucuk tanam. Hal ini demikian kerana orang-orang yang mempunyai kemahiran, telah setanding, mahupun lebih hebat lagi berbanding orang-orang yang memegang segulung ijazah atau diploma (Melalui pengalaman hidup, gaji, taraf kehidupan dan sebagainya) 


No comments:

Post a Comment