Tuesday, October 4, 2016

Kaunselor Yang Berjaya

 

SEORANG KAUNSELOR

 

Seperti mana yang kita ketahui, seorang kaunselor perlulah mempunyai ciri-ciri yang positif dan daya tarikan positif di dalam dirinya. Hal ini demikian keran, mereka perlu berurusan dengan pelajar atau orang awam yang mereka tidak kenali, dan mereka perlu secepat mungkin membina hubungan dengan klien mereka, agar klien mereka dengan selesa meluahkan masalah mereka. seorang kaunselor juga perlulah mempunyai gaya yang versetile, di mana mereka merupakan seorang yang berkebolehan dalam melakukan apa amanah yang diletakkan di atas diri mereka. Justeru tugas seorang kaunselor ini, tidak boleh dipandang remeh dan diperlekehkan kerana mereka mampu untuk mengubah diri klien yang bermasalah dengan sekelip mata.

Seorang kaunselor perlulah mempunyai 5 ciri yang penting, bagi membolehkan diri mereka layak untuk melakukan sesi dengan Klien mereka. Antara ciri utamanya ialah, Penerimaan tanpa syarat. Seorang kaunselor perlu menerima Klien, tanpa meletakkan sebarang tanggapan atau persepsi terhadap diri seorang Klien, sebagai contoh, Klien pernah melakukan hubungan seks rambang sebelum ini dan hendak menyelesaikan masalahnya dengan berjumpa kaunselor. Kaunselor perlu menerima klien tersebut, tanpa meletakkan tanggapan negatif dan perlu terbuka hati untuk menerima keadaan klien tersebut seadanya. Seterusnya, Jujur di dalam sesi. Kaunselor perlu bersifat jujur sewaktu melakukan sesi dengan klien. Kaunselor tidak boleh bercerita mengenai contoh-contoh atau kisah yang direka-reka, hanya untuk membuat kliennya percaya kepadanya. Seterusnya, seorang Kaunselor juga perlu mempunyai sifat empati di dalam dirinya. Empati ialah sifat yang diletakkan kepada klien. Contoh, klien menceritakan beliau ada masalah kewangan dan mempunyai pelbagai tanggungan hidup. Oleh itu, Kaunselor perlu "MELETAKKAN DIRINYA DI DALAM DIRI KLIEN", bagi memahami keperitan dan kesusahan yang ditanggung oleh klien tersebut. Seorang kaunselor juga perlu menjadi amanah. Amanah dalam memegang tanggungan seorang klien, amanah dalam melaksanakan tugas dan amanah dalam melakukan pekerjaan seharian sebagai seorang kaunselor. Terakhir dan yang paling penting ialah, MENYIMPAN RAHSIA. Ciri ini yang paling dititik-beratkan sebagai seorang kaunselor kerana segala masalah yang diceritakan oleh klien, WAJIB DISIMPAN SEBAGAI RAHSIA. Etika ini perlu dipegang dan dijaga oleh kaunselor agar tidak berlaku salah faham dan ketidakpercayaan antara kaunselor dan klien.

Masih menggangap tugas sebagai seorang Kaunselor ini, tugas yang remeh-temeh ??

No comments:

Post a Comment