Thursday, September 29, 2016

Bimbingan

BIMBINGAN

 

Pada entry yang pertama, telah aku terangkan maksud KAUNSELING dan peranannya yang banyak membantu dalam kehidupan seseorang. kali ini akan aku huraikan mengenai BIMBINGAN pula. Mungkin antara kalian tertanya-tanya, "bukankah Kaunseling dan Bimbingan itu dua perkara yang sama?" menurutku, anda telah mencapai 80% kefahaman mengenai tugas sebagai seorang kaunselor. Walaupun di dalam terma dan ayat yang sama, namun terdapat sedikit pecahan kecil yang ingin aku ketengahkan bagi membezakan sedikit mengenai dua perkara yang hampir serupa ini.

Apa itu Bimbingan?? Bimbingan di dalam bahasa Inggeris bermaksud Guidance. Di dalam maksud kamus pula, bermaksud petunjuk, penunjuk atau pembuka cara. Pada blog yang pertama, saya menerangkan bahawa Kaunseling ini, satu sesi bersemuka antara Kaunselor dan Klien bagi membincangkan isu-isu yang terdapat di dalam diri seorang Klien. Di sini saya ingin menyatakan pendapat saya mengenai maksud Bimbingan pula. Bimbingan ini bermaksud bantuan yang diberikan oleh SESIAPA SAHAJA yang dikira sesuai, bagi memudahkan cara kita membantu seseorang individu yang menghadapi sebarang kesulitan. Sudah jelas perbezaan antara Bimbingan dan Kaunseling??

Sesi Kaunseling hanya boleh dilakukan oleh seorang KAUNSELOR yang berdaftar dan diiktiraf di bawah Persatuan Kaunseling Malaysia. Manakala Bimbingan pula dilakukan oleh SESIAPA SAHAJA yang dirasakan sesuai oleh Klien itu sendiri, untuk membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi, persamaan yang hampir sama, menuju tujuan dan matlamat juga yang sama, hanya berbeza ialah penyampainya sahaja. Oleh yang demikian, Bimbingan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai, seperti rakan rapat, suami atau isteri, keluarga terdekat dan sesiapa sahaja yang pandai menyimpan rahsia.

Sedikit peringatan apabila kita memberitahu rahsia kita kepada seseorang, pastikan orang tersebut tidak sekali-kali memecahkan rahsia kita kepada sesiapa (selain isu BUNUH DIRI), dan orang tersebut seorang yang bertanggungjawab dan prihatin kepada kita. Jika kita tersilap langkah dalam memilih individu untuk berkongsi masalah, alamatnya akan terpampang la kisah kita di Siakap Senohong, Kisah Rumah Tangga Kayu, Sukan Setark dan juga OH BULAN dan MATAHARI..

No comments:

Post a Comment