Tuesday, October 18, 2016

MASA

PENTINGKAH MASA

 

Masa.. Satu perkara bagi diri saya, masa itu diibaratkan seperti sebiji berlian yang terdapat di dalam lubang yang berlumpur. Jika kita telah memiliki sebentuk berlian tersebut, kita akan menjualnya kepada kedai emas atau pajakkan di mana-mana institusi yang kemudiannya akan membayar dengan wang tidak terkira nilai harganya. Jika di bayar dengan wang ringgit sekalipun, masih tidak mampu untuk diletakkan nilainya. Barang yang sejumlah kali ganda harganya. Katakan sebanyak RM 10 Juta bagi sebentuk berlian. Jika kita tidak menghargai RM 10 Juta tersebut, boros, tidak pandai mengawalnya, dalam tempuh masa yang singkat, duit tersebut akan berkurangan sehinggalah habis jumlahnya. Begitu juga dikatakan dengan masa, jika kita tidak pandai mengawal masa, tidak menghargai masa dan tidak pandai mengatur masa sebaiknya, masa yang terbuang tersebut akan merugikan diri kita kelak di masa hadapan.


Bayangkan jika diletakkan nilai wang ringgit pada masa tersebut. 1 MINIT = RM 1. Jika kita tidak membazir masa melakukan perkara-perkara yang sia-sia, kemungkinan besar manusia di dunia ini telah menjadi jutawan setiap tahun, tidak ada lagi pengemis-pengemis jalanan atau anak-anak muda yang membuang masa di pusat membeli-belah dan sebagainya. Sebagai manusia yang bertamadun, masa itu perlulah dititikberatkan agar tidak menyesal di kemudian hari. Jangan ada suara-suara kecil bermain di dalam fikiran seperti, "MENYESALNYA AKU DULU TIDAK BELAJAR BETUL-BETUL", "MENYESALNYA AKU TIDAK MENGURUS DIRI AKU UNTUK MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA". Apabila suara-suara kecil ini bermain di fikiran, seterusnya membuatkan diri kita terganggu dengan segala masalah.

Jika anda seorang pelajar, bukan bermaksud anda harus duduk di bilik dan belajar sahaja untuk skor pada CGPA anda. Zaman ini, CGPA sahaja hanya digunakan untuk LAYAK DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA. Sewaktu sesi temuduga, majikan akan bertanya, adakah anda pandai multi-tasking, boleh bekerja lewat masa, boleh mengurus dateline dengan baik. Hal ini demikian merujuk kepada kebolehan seseorang itu mengatur masa di dalam hidupnya dengan baik agar tidak terikat dengan apa-apa masalah yang bakal mendatang. Oleh itu, saya menekankan sekali lagi, bahawasanya MASA ITU BUKAN EMAS, sebaliknya MASA ITU BERLIAN DARIPADA DALAM LUMPUR YANG HANYA SEKALI SAHAJA DATANG DALAM HIDUP KITA.



No comments:

Post a Comment