Thursday, September 29, 2016

KAUNSELING ???

 

Apabila berbicara tentang kaunseling, ramai yang akan pikirkan satu benda, satu perkara, satu ayat.. iaitu.. MASALAH.. Masyarakat malaysia pada hari ini telah dimomokkan dengan perkataan MASALAH itu, sehingga mereka yang memerlukan bantuan, segan dan takut untuk berjumpa dengan pakar di dalam bidang ini.. mengapa perkara ini berlaku di dalam masyarakat majmuk pada era globalisasi ini?? jawapannya akan saya sediakan di akhir entry saya ini.

Apa itu Kaunseling?? Bagi pendapat saya, kaunseling ini ialah satu aktiviti bersemuka di antara seorang kaunselor bersama klien (orang yang memerlukan BANTUAN), di mana mereka akan berbincang mengenai hal-hal yang berlaku di dalam kehidupan seorang klien. Segala perbincangan yang dilakukan di antara seorang Kaunselor dan Kliennya adalah rahsia, kecuali jika Klien tersebut telah berniat untuk BUNUH DIRI, maka dengan akta kaunseling yang ada pada hari ini membenarkan bahawa kerahsiaan tersebut terbatal secara automatik. Oleh yang demikian, kaunseling ini merupakan satu sesi aktiviti yang merubah kehidupan seseorang dengan mendorong mereka melakukan perkara yang betul mengikut kehendak mereka sendiri.

Kaunseling juga merupakan satu inisiatif di mana medium ini dapat membantu Klien untuk menanamkan hasrat dan cita-cita dari umur muda, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya apabila mencecah peringkat dewasa. Kaunseling juga merupakan medium perantaraan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada diri sendiri, sama ada yang pernah dilakukan atau bakal dilakukan. Jika kita melihat situasi yang ada pada Negara Malaysia hari ini, gejala-gejala sosial makin berleluasa, jenayah dan maksiat semakin meningkat, serta pelbagai lagi isu-isu yang perlu ditangani. Jadi solusi apakah yang diperlukan untuk membantu pihak berkuasa menangani isu-isu ini?? senang jawapannya, KAUNSELING.

Jika seseorang individu tersebut mempunyai masalah, maka perlulah dia berjumpa dengan kaunselor berdekatan bagi membantu menyelesaikan masalahnya melalui saluran yang betul. Di sekolah, setiap sekolah mempunyai 2 atau 3 orang guru kaunselor untuk membantu anak-anak murid yang mempunyai sebarang masalah. Begitu juga di IPTA dan IPTS, malah di Malaysia sendiri telah tertubuhnya persatuan-persatuan kaunseling dan juga klinik bagi kaunseling. Oleh itu, sebarang hal yang berkaitan masalah Klien boleh berjumpa terus dengan kaunselor. Jika seorang murid sekolah tidak mempunyai duit makan, dibuli rakan-rakannya, mempunyai masalah dalaman, atau apa2 sahaja, jika berjumpa dengan kaunselor, In Shaa Allah, selesai segala masalahnya. Begitu juga situasinya dengan orang awam yang mempunyai masalah, yang perlu jumpa kaunselor, silalah berbuat demikian tanpa rasa was-was dan ragu.

Akhir kata, jangan dihadam momokkan yang disampaikan melalui mulut-mulut atau laman sosial di mana mengatakan "sesiapa yang berjumpa dengan kaunseling ini, hanyalah orang bermasalah di dalam hidupnya". Setiap yang bernyawa bergelar INSAN MANUSIA wajib mempunyai isu-isu di dalam dirinya, bagi membantu dirinya adaptasi dengan keadaan sekeliling dan menjadi seoang yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment