Tuesday, October 18, 2016

MASA

PENTINGKAH MASA

 

Masa.. Satu perkara bagi diri saya, masa itu diibaratkan seperti sebiji berlian yang terdapat di dalam lubang yang berlumpur. Jika kita telah memiliki sebentuk berlian tersebut, kita akan menjualnya kepada kedai emas atau pajakkan di mana-mana institusi yang kemudiannya akan membayar dengan wang tidak terkira nilai harganya. Jika di bayar dengan wang ringgit sekalipun, masih tidak mampu untuk diletakkan nilainya. Barang yang sejumlah kali ganda harganya. Katakan sebanyak RM 10 Juta bagi sebentuk berlian. Jika kita tidak menghargai RM 10 Juta tersebut, boros, tidak pandai mengawalnya, dalam tempuh masa yang singkat, duit tersebut akan berkurangan sehinggalah habis jumlahnya. Begitu juga dikatakan dengan masa, jika kita tidak pandai mengawal masa, tidak menghargai masa dan tidak pandai mengatur masa sebaiknya, masa yang terbuang tersebut akan merugikan diri kita kelak di masa hadapan.


Bayangkan jika diletakkan nilai wang ringgit pada masa tersebut. 1 MINIT = RM 1. Jika kita tidak membazir masa melakukan perkara-perkara yang sia-sia, kemungkinan besar manusia di dunia ini telah menjadi jutawan setiap tahun, tidak ada lagi pengemis-pengemis jalanan atau anak-anak muda yang membuang masa di pusat membeli-belah dan sebagainya. Sebagai manusia yang bertamadun, masa itu perlulah dititikberatkan agar tidak menyesal di kemudian hari. Jangan ada suara-suara kecil bermain di dalam fikiran seperti, "MENYESALNYA AKU DULU TIDAK BELAJAR BETUL-BETUL", "MENYESALNYA AKU TIDAK MENGURUS DIRI AKU UNTUK MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA". Apabila suara-suara kecil ini bermain di fikiran, seterusnya membuatkan diri kita terganggu dengan segala masalah.

Jika anda seorang pelajar, bukan bermaksud anda harus duduk di bilik dan belajar sahaja untuk skor pada CGPA anda. Zaman ini, CGPA sahaja hanya digunakan untuk LAYAK DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA. Sewaktu sesi temuduga, majikan akan bertanya, adakah anda pandai multi-tasking, boleh bekerja lewat masa, boleh mengurus dateline dengan baik. Hal ini demikian merujuk kepada kebolehan seseorang itu mengatur masa di dalam hidupnya dengan baik agar tidak terikat dengan apa-apa masalah yang bakal mendatang. Oleh itu, saya menekankan sekali lagi, bahawasanya MASA ITU BUKAN EMAS, sebaliknya MASA ITU BERLIAN DARIPADA DALAM LUMPUR YANG HANYA SEKALI SAHAJA DATANG DALAM HIDUP KITA.



Monday, October 10, 2016

Kesihatan Diri

KESIHATAN DIRI DAN PERSEKITARAN

 

Kesihatan diri merujuk kepada kesihatan fizikal dan mental yang berada dalam keadaan terbaik bagi mencapai tahap kesihatan terbaik bagi seseorang individu. Kesihatan diri merupakan salah satu faktor di dalam kesejahteraan hidup, kerana tanpa kesihatan yang baik, maka tidak dapat melakukan apa-apa perkara atau pekerjaan dengan sempurna.

Kesihatan diri secara dalaman merupakan satu faktor yang penting kerana badan manusia berfungsi secara luaran dan dalaman yang saling bekerjasama. Dalaman manusia termasuk dari pemikiran yang sihat dan waras. Jika seseorang individu dijangkiti penyakit, mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera kerana penyakit yang ada pada masa kini, bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang ringan. Pelbagai virus-virus dan wabak penyakit yang masih tidak dapat penawarnya. Segala usaha dan kerja-kerja saintifik dilakukan bagi memastikan manusia bebas daripada segala penyakit. Usaha ini diambil kira sewaktu individu dilahirkan, di mana mereka mengambil imunisasi dan vaksinasi bagi menguatkan sistem pertahanan diri mereka.

Kesihatan diri secara luaran pula merupakan anggota badan dan ciri-ciri fizikal yang lengkap tanpa sebarang kecacatan. Seorang manusia dianggap sempurna fizikalnya, jika dia mempunyai lengkap anggota tubuh badannya. seorang Individu yang tidak mempunyai anggota badan yang lengkap, digelar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan diberikan segala kemudahan dengan baik dan dijaga dengan sempurna.

Kesihatan diri merupakan salah satu faktor penting yang dititikberatkan bagi mencapai segala keperluan yang dikehendaki di dalam kehidupan, memudahkan urusan pekerjaan dan menjaga diri dan persekitaran. Tidak semestinya orang yang tidak mempunyai kesihatan terbaik itu, digelar bermasalah. cuma memerlukan pemerhatian yang lebih khusus dan teratur.


Pekerjaan

SEJAUH MANAKAH HEBATNYA SESEORANG ITU ??

 

 

Pada era globalisasi kini, manusia dihantui oleh mimpi ngeri di dalam hidupnya, selepas bergelar seorang "GRADUAN". Adakah graduan ini hanya sebagai panggilan atau pangkat seseorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat?? Sejauh manakah kehebatan seseorang individu tersebut yang bergelar "GRADUAT" ?? Ini penjelasan saya mengenai konflik yang berlaku pada negara kita hari ini.

Jika pada tahun ini, jumlah inidividu yang bergraduat daripada sebuah Universiti dengan Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 5000 orang. Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia pula terdapat sebanyak 30 (+/-) Universiti. Jadi lambakan sebanyak 150,000 graduan yang lahir daripada IPTA pada satu tahun tertentu. Institut Pengajian Tinggi Swasta pula?? Katakan sahaja sebanyak 60 (+/-) buah universiti, dan mempunyai seramai 3000 pelajar yang bergraduat. Jumlahnya sebanyak 180,000 orang pelajar. Jumlah keseluruhan pada satu tahun tersebut sebanyak 330,000 setahun. Bayangkan jika pada tahun tersebut, hanya 200,000 sahaja pekerjaan yang kosong dapat diisi, jadi bagaimana dengan kehidupan baki 130,000 orang tersebut?? dan jika angka ini bertambah setiap tahun?? malah permintaan pekerjaan semakin berkurangan??

Jadi, situasi ini tidak boleh dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Industri pekerjaan di Malaysia juga semakin tenat. Ekonomi juga bukannya semakin meninggi, malah semakin merundum setiap tahun. Banyak wang yang keluar daripada negara daripada wang yang masuk kedalam. Mungkin kita perlu pandang keadaan ini dengan sudut berbeza, di mana kita perlu mengadakan pekerjaan itu sendiri, daripada menunggu bagi mendapatkan pekerjaan. kerana dunia ini bergerak laju, dan bukannya bergerak dengan perlahan bagi menunggu kita.

Pendidikan

PENTINGKAH PENDIDIKAN ??

 

Pendidkan merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup. Ilmu yang lahir hasil daripada didikan, amat berguna jika dihargai dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian individu. Pendidikan di Malaysia telah bermula sejak awal lagi. Pendidikan boleh dilakukan secara formal mahupun tidak formal, tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat dan tujuan yang sama, iaitu bagi memberi ilmu yang bermanfaat pada si penerima.

Pendidikan formal merupakan satu sistem pendidikan yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau sebuah badan berkanun bagi menyelaraskan sistem pembelajaran yang setanding dengan negara-negara lain. Hal ini demikian kerana, sistem pendidikan formal merupakan satu langkah bagi memberi pembelajaran secara efektif dan holistik dari segala aspek, membantu individu meningkatkan gaya hidup satu peringkat lebih tinggi daripada biasa.

Pendidikan Tidak Formal pula merupakan ilmu yang diajar oleh seseorang kepada individu, bagi memberi latihan kemahiran di luar konteks formal. Seperti contoh, memberi latihan menjahit, menganyam, memasak, bertukang dan sebagainya. Pendidikan Tidak Formal ini bertujuan bagi memantapkan nilai dan jati diri kehidupan seseorang bagi membantu memasarkan diri mereka ke tahap yang lebih baik daripada takuk yang lama.

Kedua-dua sistem pendidikan ini memainkan peranan penting dalam membantu negara mencapai tahap kemajuan di masa hadapan. Di zaman moden ini, ramai graduan yang lahir hasil daripada pendidikan di universiti-universiti dari dalam mahupun luar negara. Lambakan graduan ini, akhirnya menyebabkan persaingan berlaku bagi mendapatkan sesebuah pekerjaan. Oleh itu, pendidkan tidak formal pula diberi perhatian bagi memantapkan kemahiran yang ada pada inidvidu.

Tidak semestinya anda mempunyai nilai pengetahuan yang tinggi sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda lebih berjaya daripada orang yang bercucuk tanam. Hal ini demikian kerana orang-orang yang mempunyai kemahiran, telah setanding, mahupun lebih hebat lagi berbanding orang-orang yang memegang segulung ijazah atau diploma (Melalui pengalaman hidup, gaji, taraf kehidupan dan sebagainya) 


Wednesday, October 5, 2016

Kesejahteraan Diri

KESEJAHTERAAN DIRI

 

 

Pada era globalisasi ini, banyak individu yang tidak menjaga kesihatan diri sama ada dari segi luaran mahupun dari segi kesejahteraan dalaman diri. Hal ini demikian kerana, individu lebih sibuk untuk mengejar harta dunia demi mencari sesuap nasi bagi anak-anak dan keluarga. Oleh itu, mereka tidak menjaga kesejahteraan diri mereka dengan sebaiknya.


Di dalam konteks kesejahteraan diri, merangkumi dari segi kesihatan mental dan fizikal, sosial dan emosi, serta perkara asas hidup manusia seperti makanan dan pendidikan. Perkara-perkara ini penting bagi membolehkan manusia meneruskan kelangsungan hidup. Asas kehidupan manusia, mereka perlu untuk mempunyai pendidikan dan ilmu pengetahuan, bagi membantu mereka mencari pekerjaan dan menjamin masa hadapan yang lebih terjamin. Jika mereka mempunyai pekerjaan, mereka juga mendapat bayaran untuk menampung makanan, pembelajaran serta kehidupan keluarga. Jika seseorang individu tersebut tidak lengkap dalam menjaga kesejahteraan dirinya, maka dia tidak dapat mencapai kesempurnaan akal yang normal.


Tuesday, October 4, 2016

Kaunselor Yang Berjaya

 

SEORANG KAUNSELOR

 

Seperti mana yang kita ketahui, seorang kaunselor perlulah mempunyai ciri-ciri yang positif dan daya tarikan positif di dalam dirinya. Hal ini demikian keran, mereka perlu berurusan dengan pelajar atau orang awam yang mereka tidak kenali, dan mereka perlu secepat mungkin membina hubungan dengan klien mereka, agar klien mereka dengan selesa meluahkan masalah mereka. seorang kaunselor juga perlulah mempunyai gaya yang versetile, di mana mereka merupakan seorang yang berkebolehan dalam melakukan apa amanah yang diletakkan di atas diri mereka. Justeru tugas seorang kaunselor ini, tidak boleh dipandang remeh dan diperlekehkan kerana mereka mampu untuk mengubah diri klien yang bermasalah dengan sekelip mata.

Seorang kaunselor perlulah mempunyai 5 ciri yang penting, bagi membolehkan diri mereka layak untuk melakukan sesi dengan Klien mereka. Antara ciri utamanya ialah, Penerimaan tanpa syarat. Seorang kaunselor perlu menerima Klien, tanpa meletakkan sebarang tanggapan atau persepsi terhadap diri seorang Klien, sebagai contoh, Klien pernah melakukan hubungan seks rambang sebelum ini dan hendak menyelesaikan masalahnya dengan berjumpa kaunselor. Kaunselor perlu menerima klien tersebut, tanpa meletakkan tanggapan negatif dan perlu terbuka hati untuk menerima keadaan klien tersebut seadanya. Seterusnya, Jujur di dalam sesi. Kaunselor perlu bersifat jujur sewaktu melakukan sesi dengan klien. Kaunselor tidak boleh bercerita mengenai contoh-contoh atau kisah yang direka-reka, hanya untuk membuat kliennya percaya kepadanya. Seterusnya, seorang Kaunselor juga perlu mempunyai sifat empati di dalam dirinya. Empati ialah sifat yang diletakkan kepada klien. Contoh, klien menceritakan beliau ada masalah kewangan dan mempunyai pelbagai tanggungan hidup. Oleh itu, Kaunselor perlu "MELETAKKAN DIRINYA DI DALAM DIRI KLIEN", bagi memahami keperitan dan kesusahan yang ditanggung oleh klien tersebut. Seorang kaunselor juga perlu menjadi amanah. Amanah dalam memegang tanggungan seorang klien, amanah dalam melaksanakan tugas dan amanah dalam melakukan pekerjaan seharian sebagai seorang kaunselor. Terakhir dan yang paling penting ialah, MENYIMPAN RAHSIA. Ciri ini yang paling dititik-beratkan sebagai seorang kaunselor kerana segala masalah yang diceritakan oleh klien, WAJIB DISIMPAN SEBAGAI RAHSIA. Etika ini perlu dipegang dan dijaga oleh kaunselor agar tidak berlaku salah faham dan ketidakpercayaan antara kaunselor dan klien.

Masih menggangap tugas sebagai seorang Kaunselor ini, tugas yang remeh-temeh ??

Peranan seorang PRS

PRS

 

Pembimbing Rakan Sebaya


Apakah maksud Pembimbing Rakan Sebaya dan apa kaitannya dengan kaunseling?? Siapakah yang layak bergelar PRS?? Apakah peranan utama PRS dalam cabang kaunseling?? 

Pembimbing Rakan Sebaya bermaksud seorang individu yang dilantik dan dilatih oleh seorang kaunselor di sekolah (secara amnya), bagi tujuan membantu dalam proses kaunseling secara tidak langsung di antara seorang kaunselor dan individu yang bermasalah tersebut. Sebagai contoh, seprang guru kaunselor tidak dapat mengenal pasti siapakah individu yang berpotensi untuk mempunyai masalah di dalam hidup anak-anak muridnya. Jadi, guru tersebut mengambil pendekatan secara tidak langsung dengan melantik "mata-mata dan telinga" bagi guru tersebut mengenal pasti murid yang mempunyai masalah di sekolah. Seorang PRS memainkan tanggungjawab yang penting bagi membantu guru kaunseling menyelesaikan masalah murid tersebut. Mereka yang bergelar PRS ini juga merupakan jambatan penghubung di antara guru kaunseling dan murid.

Murid yang layak bergelar PRS adalah seorang murid yang seimbang dari segi pembelajarannya dan aktiviti kokurikulumnya. Guru kaunseling juga perlu mengambil kira mengenai keinginan dan kehendak murid tersebut untuk bersetuju menerima jawatan sebagai ahli PRS. Tanggungjawab ini tidak boleh dipaksa ke atas seseorang, melainkan individu tersebut dengan rela hati dan sedia menggalas tugas yang diberikan. Ciri-ciri seorang PRS pula hampir sama dengan seorang kaunselor, di mana mereka harus menjadi seorang pendengar yang setia, seorang yang empati, jujur dan amanah, serta penerimaan tanpa syarat. Jika seorang PRS mempunyai sikap-sikap ini, maka mereka patutlah bergelar seorang PRS. Di samping itu, seorang PRS juga perlulah menjadi seorang yang peramah dan mudah mengadaptasi dirinya dengan keadaan sekeliling dengan cepat dan pantas. Hal ini demikian kerana, seorang PRS dikatakan boleh menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru, bagi membolehkannya melakukan tindak balas sebagai seorang ahli PRS dan mempunyai ramai kenalan. 

Peranan utama PRS dalam membantu guru kaunseling, di mana mereka  merupakan agen penyebar maklumat. Mereka juga merupakan mata dan telinga di dalam kawasan persekitaran sekolah, di mana mungkin sesetengah perkara itu, guru-guru kaunseling tidak dapat melihat dengan cekap. Pada zaman ini, ramai generasi sekarang lebih suka bercerita mengenai masalah merekea dengan kawan-kawan, berabnding bercakap dengan ibu bapa atau guru di sekolah. Oleh itu, pendekatan ini boleh dianggap satu pendekatan yang efektif dan efisyen.