Wednesday, October 5, 2016

Kesejahteraan Diri

KESEJAHTERAAN DIRI

 

 

Pada era globalisasi ini, banyak individu yang tidak menjaga kesihatan diri sama ada dari segi luaran mahupun dari segi kesejahteraan dalaman diri. Hal ini demikian kerana, individu lebih sibuk untuk mengejar harta dunia demi mencari sesuap nasi bagi anak-anak dan keluarga. Oleh itu, mereka tidak menjaga kesejahteraan diri mereka dengan sebaiknya.


Di dalam konteks kesejahteraan diri, merangkumi dari segi kesihatan mental dan fizikal, sosial dan emosi, serta perkara asas hidup manusia seperti makanan dan pendidikan. Perkara-perkara ini penting bagi membolehkan manusia meneruskan kelangsungan hidup. Asas kehidupan manusia, mereka perlu untuk mempunyai pendidikan dan ilmu pengetahuan, bagi membantu mereka mencari pekerjaan dan menjamin masa hadapan yang lebih terjamin. Jika mereka mempunyai pekerjaan, mereka juga mendapat bayaran untuk menampung makanan, pembelajaran serta kehidupan keluarga. Jika seseorang individu tersebut tidak lengkap dalam menjaga kesejahteraan dirinya, maka dia tidak dapat mencapai kesempurnaan akal yang normal.


No comments:

Post a Comment